Bismillaahirrahmaanirrahiim..
Aku mintak maaf sangat-sangat kat pembaca blog usang ni sebab dah lama tak update blog ni..huhu.eh?ade ke orang sudi jenguk blog ni?mm..whatever..
Agak-agaknya dah berapa lama ye aku tak update blog ni?maybe hampir setahun jugak kot..
Untuk pengetahuan korang, aku sekarang belajar kat Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)..saje nak bagitahu..kalau ade orang tanya "ko belajar kat mane?Ha?Unimas?ko mintak ke belajar kat sana?ish..banyak duit nak kena pakai kalau belajar jauh-jauh ni..nak kena beli tiket kapal terbang lagi..bla bla bla..."Ahhhh!pedulikan semua ape orang nak cakap.yang penting aku tak menyusahkan dorang..parents aku pon cakap macam tu..jangan pedulikan apa orang nak kata..
jom tengok gambar-gambar unimas kat sini :-)
Jambatan ni namanya 'jambatan cinta' |
![]() |
jambatan cinta |
Kat sini aku jumpa ramai kawan..yang berlainan agama dan bangsa..bahasa pun laen jugak. Masa aku mula-mula datang sini, aku tengok kawasan hostel aku tu tak secantik macam yang aku tengok kat internet..mmm L. Nama hostel yang aku tinggal ni Kolej Seroja. Sebenarnya Unimas ni terbahagi kepada dua bahagian, kampus timur dan kampus barat..Kolej aku ni terletak kat kampus Timur..kat kampus timur ni ada satu lagi kolej selain kolej seroja,iaitu Kolej Kenanga.Kolej Kenanga ni hostel untuk palapes..tau tak palapes tu ape?palapes tu pelajar yang macam kat UPNM..pelajar ala-ala tentera gitu.palapes ni hanya untuk pelajar yang ambik ijazah dan ke atas..pelajar asasi hanya tinggal di Kolej Seroja..tempat belajar untuk pelajar asasi ni kat kampus Timur je..bagi yamg tinggal kat kolej kenanga,dorang kena naik bas la tiap-tiap hari untuk ke kampus barat..oh ye,palapes ni tiap-tiap hari dorang kena kawad kaki..huhu~kesian~sifat kolej ni agak ketimuran la skit.huhuhu.tak macam kat kampus barat ada bangunan yang tinggi-tinggi dan cantik. Kat Timur ni simple je..ada banyak pokok..sejuk sikit kalau nak dibandingkan dengan Kampus Barat. Jarak dari kampus Timur nak pergi ke Kampus barat ni agak jauh la.kalau naik bas tu dalam lima belas minit gitu..kat sini kalau nak naik bas free je..sebab dah termasuk dalam yuran..huhu..Kalau hari kuliah, bas unimas ni akan beroperasi sejam sekali dari jam 7.00 pagi hingga jam 11.00 malam..kalau hujung minggu seperti hari Sabtu dan Ahad bas akan beroperasi dua jam sekali..bas ni agak puntual.kalau lambat kena tunggu pulak sejam kemudian..huhuhu.bas ni akan berhenti di setiap hentian bas kat semua kolej..so, korang tak perlu la jerit-jerit kat pak cik driver bas ni suruh berjhenti kat mana-mana ye..nanti bikin malu pulak..ko tunggu je bas berhenti, baru la ko turun.tapi ada jugak yang nak berhenti kat tempat yang laen dari yang laen, tapi jarang sangat la orang buat camtu..Oh ye,kalau korang yang mula-mula datang sini dan tak nak sewa kereta sebab takut sesat jalan, better korang naik van ramai-ramai..tak mahal pun sehala RM4 seorang..bayaran ni kalau korang dari Unimas nak pergi ke Pusat Shopping Complex macam The Spring dan Boulivard atau ke Bandar Kuching. Korang boleh tunggu kat hentian bas depan Unimas Kampus Timur atau korang terus call pak cik yang empunya van tu untuk ambik korang bila-bila masa..buat appoinment dulu dengan pak cik tu,tanya dia dulu boleh datang ke tak amik korang.Biasanya kalau korang nak pergi ke Aiport Kuching tambangnya RM10 seorang..kalau naik ramai-ramai dalam 10 orang mybe boleh kurang skit kot harga tambang tu..pandai-pandai la korang tawar-menawar dengan pak cik van tu..biasanya akan ada kakak-kakak & abang-abang senior buat perkhidmatan penghantaran ke Airport masa musim balik kampung..korang boleh jugak guna perkhidmatan tu. Biasanya dorang akan promote kat fb dan tampal kat papan kenyataan. Oh ye,tadi aku ade jugak sebut pasal sewa kereta kan?korang boleh jugak sewa kereta kat sini kalau nak keluar pergi jalan-jalan dengan kawan-kawan..mesti seronok punya. Perkhidmatan sewa kereta ni pun ade promote kat fb dan papan-papan kenyataan.biasanya kereta kancil yang manual RM6 sejam kalau auto mahal sikit la, RM7 sejam..kat sini seronok drive sebab jalannya besar dan tak sesibik kat semenanjung..round about memang besar..lebih kiurang saiz padang bola sepak..huhuhu!tu yang best tu boleh pusing lama sikit kat round about tu..huhuhu..
![]() |
Pusat Pengurusan Kampus Timur |
Masjid UNIMAS di kampus Timur |
hostel lelaki (Kolej Seroja) di kampus timur |
pemandangan di sekitar Kolej Seroja di kampus timur |
Tasik di Kampus Timur |
Bus stop unimas di Kampus Timur |
![]() |
Bas UNIMAS |
suasana (sesak) sewaktu turun dari bas |
Ha..abis citer pasal transport. Mesti korang nak tahu macam mana penginapan kat sini kan?maklumlah, korang akan tinggal kat sini lebih kurang satu tahun (bagi yang ambik kos asasi sains).jom tengok bilik aku kat sini..penghuni bilik aku dua orang je.aku dengan schoolmate aku..hehehe..maximum sebilik empat orang.
Katil dua tingkat |
Almari pakaian (besar dan panjang) |
meja study yang panjang dan selesa :-) |
Ok, masuk pasal makanan plak..Haa! mesti korang tertanya-tanya makanan kat sini sedap tak?mahal tak?ala..makanan kat sini tak de lah beza sangat dengan makanan yang ada dekat semenanjung..lebih kurang jugak..still makanan Malaysia lagi..bukan oversea pun,over the sea je..huhuhu.kalau makanan kat kolej, maksud aku makanan berat la,nasi dan lauk-pauk..agak mahal la kalau nak dibandingkan dengan makanan kat cafe tepi tasik tu.cafe tepi tasik tu maksud aku cafe yang paling dekat dengan dewan kuliah.bila abis kelas senang la nak pergi makan,tak perlu berjalan jauh untuk isi perut.
Antara menu makanan di cafe tepi tasik Kampus Timur (nasi+sotong goreng+sayur+air jagung= RM 5.00) |
Kat sini pun ada jugak masakan petai dan tempoyak..sedapp..tak de beza sangat pun dengan kat semenanjung..abis tu makanan apa yang beza dengan semenanjung?mesti la ada..Antaranya nasi ayam mak entek,ayam penyek,ulat mulong,tebaloi,ikan terubok masin,umai dan banyak lagi yang aku malas nak senarai kat sini..huhu..nasi ayam mak entek tu nasi ayam macam kat semenanjung la..nama je lain..ayam penyek tu macam ayam panggang la..ulat mulong ni boleh makan,boleh makan mentah dan goreng..ikut citarasa korang la nak masak camne ulat tu..ade orang cakap ulat mulong ni berkhasiat..tapi aku tak pernah makan..mencuba?tak berani la nak cuba..hehehe..makanan lain korang boleh tanya pak cik dan mak cik gugel ye.. J korang nak tengok tak gambar kawan-kawan aku kat sini?
ha..ni dye..
Ni gambar group aku( group kokurikulum) |